Saturday, January 28, 2012

Zakat Perniagaan

Syarat wajib zakat perniagaan enam perkara: 1) Islam, 2) Merdeka, 3) Milik Sempurna, 4) Nisab, 5) Dibeli barang2 itu untuk dijualkan (bukan untuk disimpan), dan 6) Haul.

Orang yang berniaga apabila genap setahun perniagaannya hendaklah ia mengira di akhir tahun (tahun hijrah) berapa harga barang2 yang ada di dalam simpanannya (Stok), wang dalam tangan, wang dalam bank dan wang dalam tangan orang hutang yang mampu membayarnya jika jumlahnya sampai nisab mengikut nilai wang semasa wajiblah ia mengeluar harga zakatnya sebanyak 2.5 peratus, sekalipun modal asalnya tidak sampai nisab.

Sekiranya yang diperniagakan itu daripada jenis barang atau benda yang wajib zakat pada 'ainnya seperti lembu atau kambing wajib dikeluarkan zakat mana satu yang cukup nisab kerana tak boleh berhimpun dua zakat dalam satu barang. Misalnya seperti ia berniaga empat puluh ekor kambing dengan qosod perniagaan tetapi harganya tidak sampai nisab pada akhir tahun demikian jua seperti ia berniaga sebanyak tiga puluh sembilan ekor kambing tetapi harganya sampai nisab wajiblah dikeluarkan zakat mana yang sampai nisabnya di akhir haul itu.

Sekiranya sama kedua-duanya sampai nisab seperti empat puluh ekor kambing yang diqosodkan untuk berniaga 'ainnya (dzatnya) sampai nisab dan harganyapun sampai nisab di akhir haul nescaya didahulukan zakat 'ainnya daripada zakat perniagaan.

(Idaman Penuntut halaman 129)

Wallahu'alam.
via arkam@mobile®

Thursday, January 19, 2012

Wednesday, January 4, 2012

Then and Now

 

 

Smile…………. J

 

 

 














 

__._,_.___
 

Wednesday, November 16, 2011

KDN Kangar

Gambar lampu bahagian hadapan bangunan.

Saturday, November 12, 2011

Monday, October 31, 2011

Haji

Saya nak mulakan hari ni dengan menulis di sini. :)

Dua hari lepas telah berlepas pesawat terakhir yang membawa jemaah haji ke Tanah Suci. Mereka terus ke Mekah dan menyempurnakan haji sebelum ke Madinah untuk ziarah.

Khabarnya pesawat ini membawa VIP, VVIP, dan pakej yang mahal2. Ada juga tempat duduk untuk jemaah dengan kos biasa. Rezeki masing-masing.

Tahun lepas saya menulis di SINI. Cukup setahun, boleh pada masa sekarang kita buat semakan. Semak checklist.

Apa dah perkembangan kita sejak tahun lepas. Apa yang sudah kita capai?

Tak payah eksplain la, sendiri boleh check.

Haji ni bermasa, berkuota. Memang kalau nak diikutkan atas dua kesempitan ini, tak ramai yang berpeluang.

Tapi Allah tahu, siapa yang boleh dipilihNya untuk ke sana, banyaknya atas kesungguhan kita di sini. Kalau bersungguh insyaallah sampai juga kita. Salah satu kesungguhan itu ialah kesungguhan membekal duit tambang, sekitar RM 10 ribu seorang.

Kalau duit tambang masih ke mana-mana, ke kereta, ke handphone, ke renovate dapur, ke gajet, ke holiday, ke ipad, memang sampai bila pun takkan cukup.

Kecuali ipad yang dapat free, :), itu takpa...

Satu lagi, kalau 'minat' pun takdak, lagi takkan sampai....

Ganti haji yang bermasa dan berkuota itu ialah versi mininya, Umrah.

Umrah boleh buat bila2 masa, di luar musim haji pun boleh. Jadi pergilah yang ini dahulu. Sekurang-kurangnya ada sikit persediaan dan pendedahan sebelum sampai masa dan kuota kita.

Sekurang kurangnya kenal dan ingat penjuru-penjuru kaabah.

Jangan dilupa, haji WAJIB bagi yang sudah baligh, kalau kita mati tak sempat pegi sedangkan kita sihat dan ada duit, anak cucu kita wajib pula ganti.

Kan susahkan orang namanya tu?

Insyallah, berusahalah.

Wassalam.


Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Saturday, October 15, 2011

Jawatan Kosong

Jawatan Kosong: Jurutera Residen (M&E)
Lokasi: Kedah
Kelayakan: Seorang Jurutera Profesional dengan BEM dalam bidang elektrik.
Tempoh: Sehingga Disember 2013.


Jika berminat boleh email resume kepada saya di arkam@engineer.com

Sekian, wassalam.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com